MY LOVE B2B

Photobucket

ME B2B

Photobucket

About Me

My photo
klang, selangor, Malaysia
Ank pertama dri 5 beradk.Tamat pengajian di politeknik sultan salahuddin abdul aziz shah dlm jurusan diploma teknologi berasaskan kayu.

cE TeNgOK cIkIT

TicketsNow.com Discounts

Jam Si Montok

EnY NurBAiZuRa@AnJe. Powered by Blogger.

CaLeNDer Si MonTOK

Friday, March 23, 2012

pEmIMPIn wAnita aDAaLAh lELAki..

 sekadar berkongsi..

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian harta mereka.” (Surah al-Nisa’, 4:34)

Jika kita renung ayat di atas, betapa besar dan beratnya amanah yang Allah telah berikan kepada kaum lelaki untuk menjadi pemimpin kepada wanita. Betapa Allah telah memberi kepercayaan pada seorang lelaki memikul amanah itu kerana ada beberapa kelebihan pada lelaki dan tidak ada pada wanita.

Merenung kembali fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah tentang peranan lelaki dan perempuan. Allah mengurniakan kepada lelaki sifat yang gagah, rasional dan bersifat suka pada penyelesaian. Sebaliknya perempuan dikurniakan sifat lemah lembut, beremosi dan sukakan sesuatu yang bersifat proses.
Lihatlah, Allah Yang Maha Bijaksana mencipta lelaki dan perempuan dengan satu sifat yang saling melengkapi, bukan untuk menunjuk-nunjuk siapa yang lebih dominan, tapi untuk berganding bahu memainkan peranan supaya tidak pincang kehidupan ini.
Allah telah memuliakan lelaki sebagai pemimpin kepada wanita. Islam telah meletakkan garis panduan yang lengkap sebetulnya bagaimana peranan pemimpin yang dimainkan oleh lelaki. Peranan lelaki sebagai suami, ayah, abang dan anak itu adalah sebagai pelindung kepada wanita-wanita di bawah tanggungjawabnya.

Antara peranan lelaki dalam melindungi wanita dan keluarganya adalah:
  • Memastikan prinsip Islam terlaksana dalam keluarga.
  • Menjadi teladan yang baik.
  • Memastikan komunikasi yang baik dalam keluarga.
  • Memastikan keluarga terhindar dari azab neraka.
“Hai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka.” (at-Tahrim, (66:6)

No comments:

Post a Comment