MY LOVE B2B

Photobucket

ME B2B

Photobucket

About Me

My photo
klang, selangor, Malaysia
Ank pertama dri 5 beradk.Tamat pengajian di politeknik sultan salahuddin abdul aziz shah dlm jurusan diploma teknologi berasaskan kayu.

cE TeNgOK cIkIT

TicketsNow.com Discounts

Jam Si Montok

EnY NurBAiZuRa@AnJe. Powered by Blogger.

CaLeNDer Si MonTOK

Wednesday, March 28, 2012

EnJoY

Tgan gatal bila dah ada laptop baru nie..Nie aku wat khas utk my love ikan buntal..nie hasilnya yg x seberapa..hope u like it..enjoy...




love u my dear..hope u like it..

Monday, March 26, 2012

SeJEnAk..

setiap insan ada melakukan kesalahn x kira kecil atau besar..begitu juga aku...tp bg aku pkra tu x perlu di perbesarkan sbb x ptg dlm kehidupan pn..
knp masih ramai lg org yg suke sgt jga tepi kain org lain sedangkan mereka x melihat keadaan diri sendiri atau lebih senang aku ckap cermin diri sebelum nak kutuk org lain..
segala yg terjd sptutnya mereka pn amik iktibar bukan nak kecoh kat sume org ckp yg aku wat pkra yg salah..cube amik pkra yg positif dr ape yg pnh aku ktakn pd entri tersebut sebelum aku deletenya..aku rsa sume dah baca entri tu..cube renung ape yg pnah aku ktakn demi kebaikan semua..
setiap yg berlaku itu ada hikmahnya..jd kita perlu redha dgn ketentuan ilahi..cube kita pikir kehadapan bukan melihat kesalahan org itu & terus menghukumnya..mgkin ada betul @ tidak ape yg pnh aku kta kan tu tp bg aku kita harus pndang kedepan untuk menjadi yg lebih baik & terus berjaya dlm hidup..

Friday, March 23, 2012

GolonGAn IsteRi DalaM isLAm..

Terdapat beberapa jenis-jenis kategori atau golongan isteri dalam islam, di antaranya:
  1. Isteri Siddiqin Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu . Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak.
    Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini,Ini adalah perempuan luar biasa.
  2. Isteri Muqarrobin Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar.
    Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.
  3. Isteri Solehin Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.
  4. Isteri Fasik Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup.
    Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.
Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi di mana Rasululllah s.a.w. bersabda:
Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada. Para nabi dan syuhada iri kepada mereka. Ketika ditanya para sahabat, Rasulullah menjawab, “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah.”
Golongan manakah yang anda sebagai seorang isteri berada? Mudah-mudahan anda berada dalam golongan yang dirahmati oleh Allah s.w.t. hendaknya, insyaAllah.

pEmIMPIn wAnita aDAaLAh lELAki..

 sekadar berkongsi..

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian harta mereka.” (Surah al-Nisa’, 4:34)

Jika kita renung ayat di atas, betapa besar dan beratnya amanah yang Allah telah berikan kepada kaum lelaki untuk menjadi pemimpin kepada wanita. Betapa Allah telah memberi kepercayaan pada seorang lelaki memikul amanah itu kerana ada beberapa kelebihan pada lelaki dan tidak ada pada wanita.

Merenung kembali fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah tentang peranan lelaki dan perempuan. Allah mengurniakan kepada lelaki sifat yang gagah, rasional dan bersifat suka pada penyelesaian. Sebaliknya perempuan dikurniakan sifat lemah lembut, beremosi dan sukakan sesuatu yang bersifat proses.
Lihatlah, Allah Yang Maha Bijaksana mencipta lelaki dan perempuan dengan satu sifat yang saling melengkapi, bukan untuk menunjuk-nunjuk siapa yang lebih dominan, tapi untuk berganding bahu memainkan peranan supaya tidak pincang kehidupan ini.
Allah telah memuliakan lelaki sebagai pemimpin kepada wanita. Islam telah meletakkan garis panduan yang lengkap sebetulnya bagaimana peranan pemimpin yang dimainkan oleh lelaki. Peranan lelaki sebagai suami, ayah, abang dan anak itu adalah sebagai pelindung kepada wanita-wanita di bawah tanggungjawabnya.

Antara peranan lelaki dalam melindungi wanita dan keluarganya adalah:
  • Memastikan prinsip Islam terlaksana dalam keluarga.
  • Menjadi teladan yang baik.
  • Memastikan komunikasi yang baik dalam keluarga.
  • Memastikan keluarga terhindar dari azab neraka.
“Hai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka.” (at-Tahrim, (66:6)

UbaN..

cam lawak je kn tp nie adalah 1 kebaikan ..
Al Baihaqi membawakan sebuah fasal dengan judul “larangan mencabut uban”. Lalu di dalamnya beliau membawakan hadith dari ‘Abdullah bin ‘Umar. Rasulullah s.a.w bersabda:

الشيب نور المؤمن لا يشيب رجل شيبة في الإسلام إلا كانت له بكل شيبة حسنة و رفع بها درجة

“Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban (walaupun sehelai) dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya.” (H.R. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir mengatakan bahwa hadith ini hasan).

Muhammad bin Hibban At Tamimi r.hu (yang lebih dikenali dengan Ibnu Hibban) dalam kitab Shahihnya menyebutkan pembahasan “Hadith yang menceritakan bahawa Allah akan mencatat kebaikan dan menghapuskan kesalahan serta akan meninggikan darjat seorang muslim kerana uban yang dia jaga di dunia.”

Lalu Ibnu Hibban membawakan hadith berikut. Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:

لا تنتفوا الشيب فإنه نور يوم القيامة ومن شاب شيبة في الإسلام كتب له بها حسنة وحط عنه بها خطيئة ورفع له بها درجة

“Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (H.R. Ibnu Hibban dalam Sahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadith ini hasan)



P/s: Kepada yang mak ayah dia selalu suruh tolong cabutkan uban tu, cakap pada mereka bukan tak mahu tolong, tapi... jelaskan hadith ini kepada mereka. Kepada yang muda-muda dah beruban tu pun, tak perlulah malu.

Thursday, March 22, 2012

Don'T EraSE YoUR MisTaKes LeARn From THem..

Kita Pernah Dilukai Dan Melukai.. 

Kita pernah “DILUKAI”
dan mungkin pernah “MELUKAI”
tapi kerana itu kita BELAJAR tentang bagaimana cara
menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan. 

Kita pernah “DIBOHONGI”
dan mungkin pernah “MEMBOHONGI”,
tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN. 

Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini,
mungkin kita tidak pernah belajar arti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.
Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini,
tidak akan terulang kembali.
Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan,..
yaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik. 

Hidup adalah proses,
Hidup adalah belajar.
Tanpa ada batas umur,
Tanpa ada kata tua 

JATUH, berdiri lagi
KALAH, mencuba lagi
GAGAL, bangkit lagi,
Sehinggalah Allah memanggil:
“Waktu untuk PULANG”

Monday, March 19, 2012

MeLakA WonDErlAnd

Lambt post lak entri nie..ari tu aku ikt my love blik kg dia kat jasin aku pn ajak my love g melaka wonderland yg dkt ngan taman buaya tu..tiket masuk dewasa rm 30 rggt..first time aku ke sni..klu tempat lain kat melaka nie dah biasa la sbb dlu pn aku dok melaka cuma blm msanya aku bertemu dgn my love..hehehe...macam-macam dekat sni..snok gak le aku..

aku main nie gak..wow..gayat kne ar  naik tangga bru leh naik tornado nie..cam nak pitam gak le aku tp snok




aku pn x sampat nak snap gmbr sgat sbb tkt x sampat sbb nak blik s'gor msa hri tu..antra gambar yg aku smpat snap ...layan...

TaMAn BoTAni ShaH aLam


eh..shah alam ada taman ke??. mmg ada pn taman nie dlunya di kenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah mula dibangunkan pada 24 April 1986 sebelum dimasyhurkan menjadi Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Hisamuddin Alam Shah Al-Haj pada tahun 1991.

Bayaran masuk hanya rm 3 rggt je..klu nak msuk kat taman iklim empat musim kne lg rm3 rggt le..
klu pg sni x lengkap klu x pg taman iklim empat musim..
nie salah satu tarikan kat sni..salji dan ais di Malaysia? Pelik tetapi benar nie la tarikan taman nie..di Taman Iklim Sederhana Empat Musim kita boleh merasai suasana empat musim hanya di dalam bangunan. kita boleh nikmatilah kecantikan musim bunga, kehangatan musim panas, lambaian musim luruh dan kedinginan musim sejukdi dlm bngunan nie..
mengikut kta pnjaganya taman empat musim nie di ilhamkan dari org kg je..rupa-rupanya org kg my love hehehe..org kg kat daerah jasin jd prmintaannya telah direalisasikan oleh perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir..
antara gmbr yg smpat aku snap..


thanks my love...

Tuesday, March 13, 2012

REnuNgKan

ALLAH mampu hadirkan seseorang yang kita tak pernah kenal dan menjadi seseorang yang sangat dekat dalam hidup kita. Namun ALLAH juga mampu ambil seseorang yang pernah rapat dengan kita menjadi seseorang yang seperti asing bagi kita. Seseorang mampu pergi tanpa kita faham kenapa dia pergi, di saat kita dihadiahkan seseorang yang selalu memahami. Benarlah dalam kesusahan itu ada kegembiraan, dan dalam kebahagiaan itu terselit kesedihan. Redhalah dengan setiap yang hilang, syukuri nikmat yang datang. Semoga kita jadi hamba yang bersyukur dan selalu sabar dengan ujian. inshaALLAH..

BaHaGia..

Macam2 org leh ckap ttg bahagia..bg aku ada yg bhgia ngan pakwe @ makwe,suami & isteri,& juga kawan2..
tp bla seseorg tu mengenakan org lain pn dia bahgia gak kn??ermm..takdir ilahi kita kne terima dgn redha & pasrah..x guna kita sentiasa mengingati dia tp kita hidup dok mengumpat & menabur fitnah..total lost la jdnya..
jd cerminlah diri sendiri sebelum kita memusnahkan hidup org lain..beringat lah sentiasa bahawa ALLAH maha adil..

eNtAh

ape yg aku nak cete ye..ermm..aku amik ni sbgai 1 pngajaran dlm hdp aku sndri..mgkin aku terlupa tgk sekeliling aku mgkin ada org yg x ske aku kot atau ada mslah dgn aku?? aku de wat salah kot?? hdup aku hanya keje & hapy with my love mgkin ada yg x ske kot..mmg aku yg  salah aku akui..setiap insan lakukn kesilapnkn..nie blog aku & org tu leh trus brhubg dgan aku pe x slah pn..aku slah korg leh bg tau kn..tgalkn komen @ yg kenal tu leh trus jmpe kn aku leh perbetulkan kesilapan yg aku wat..
aku wat blog nie ske2 x de kne mgena nak jtuh kn atau ape pn..mgkin ada sesetengah tu x dpt trma ape yg aku wat..aku hrap dia leh jmpe aku sndri & ckap..x perlu gunakan org lain..blog nie hak peribadi aku jd x perlu nak copy & hebohkn kat org lain..
cbe byangkan hak peribadi anda sndiri di gangu msti la mrahkn bgitu juga aku tp klu ada yg aku wat slah korg leh trus jmpe aku..
x de salah pn aku terima ape jua kritikan dr korg..atau pn mgkin mereka x dpt terima perubahan yg aku wat kot..bg aku hidup hanya sekali jd wat ape jua yg aku ske cma jgan gangu hak aku..
tiada salah atau betol tp allah maha mengetahui setiap hambanyakn jd sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah jua..1 hari nti aku pasti akan tau sape yg telah memusnahkan hidup aku..
mgkin dia x de blaja dosa & pahala kot.mgkin dia srnak wat org lain cam nie kot.erm..biar lah ape jua yg dia wat pd aku cuma aku berdoa bhwa dia akan merasa seperti mana yg aku rsa tp mgkin dlm situasi yg berbeza..
ingat takdir x selalu menyebelahi kita..jgan sesekali kita melukakan hati seseorg yg pastikan 1 hari nti kita akan terima balasan di yg maha ESA..

Monday, March 12, 2012

LagU

lagu nie aku suke..........



KOmeN

Wat pembaca yg sudi menjegah blog aku yg x seberapa nie boleh le komen..aku terima je ape pn yg korang nak komen..
cuma gunakan bahasa yg sedap didengar la jgn bahasa yg kurang ajor...nti aku delete je..blog nie aku wat tuk aku & my love ikan buntal je.
mgkin ada gak org yg x ske ape yg aku wat nie tp nie hak aku & ikut suke hati aku la kan nak tulis ape kat sni..

MuTIaRA KaTa

 Entri yg boleh menguatkan semangat aku..suka hati la kan blog aku nak tulis ape pn..


"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya"
- nie byak berlaku skrg bdjt lawa tp ilmu di dada x mencukupi (aku pnye pndpt la)

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya"


"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan."

"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri."

"Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan"
- nie aku plg suke..kta mmg ptut lakukan perubahan x kira di mana pn kita berada..


nie mutiara kta yg leh dijdkn panduan..bg aku ianya amat berguna supaya kita tau arah tujuan hidup kita & kita x kan terpesong.

PeRasaan HaSaD DengKI

Tajuk entri yg aku rsa bgus sbb skrg dah byk owg yg ada prasaan nie..sape mkn cili dia terasa pedasnya lahkn..aku wat entri nie ikut suka la aku pnye blogkn..

perasaan nie biasanya dtg ble kta x leh tgk seseorg tu lebih menyerlah tu yg timbul perasaan ni..
amat bahaya tau bila perasaan nie lebih menguasai dari akal fikiran ia juga leh membawa kpd fitnah..

ermm..berdosa besar tu..ingatlah bahawa ape pn yang terjadi kita harus mengawal perasaan dgn bijak..
allah telah tentukan segalanya..kta sebagai hambanya hanya perlu sabar walau ape jua yg terjadi..

Friday, March 02, 2012

ScRaP BooK..

X tau hdiah ape yg aku nak bg kat my love..tp setelah aku berpikir aku gnakn ape yg ada je tuk wat sesuatu yg bleh disimpan utk jgka msa yg lama..hrap2 ianya boleh disimpan sampai ke masa tua kami dan boleh ditunjukkn pada anak2 kami nti..(berangan je hehehe..)

setelah aku puas berpikir aku pn decide tuk wat 1 scrap book tuk ikan buntal..walaupn ianya x la secantik yg dibuat di kedai tp ianya terhasil dr kreativiti aku sendri..

firstly aku kumpul gmbar2 kami dr mula kami kenal sampai sekarang n aku print ink hitam je..huhu..x smpat nak g cuci gambar byk sgt..then aku wat la ikut suke hti aku la nak wat cam ne..

dan hasilnya spt dlm gmbr....huhuhu...

cik teddy nie aku kaler sndiri..aksesori tmbahan la...

cik teddy blue..huhu..

nie masa malam dinner Promex kat genting..






































jd terhasil lah scrap book nie..aku harap my love akan sukekn nya (hope sesangat huhu...)
thanks my love..i love u...

Thursday, March 01, 2012

1 AnNiveRsarY

Hari nie gak adalah ulgthun pertama perkenalan aku dgn ikan buntal..terima kasih B..segala jasa mu akan ayg kenang seumur hidup ayg..cam x pecaye je hbgan kami kekal hgga sekarang aku bersyukur di ketemukan dgnnya ikan buntal (zabidi)..terlalu byk suka & duka kami harungi bersama....



Masih aku ingat luka yg berada di ibu jarinya..luka tu akan kekal seumur hidupnya..pling aku ingat bila bini no1 dia (kete kesayangan my love gen2) nya msuk ke bengkel sbb tgki myak htam pcah...
my love seorang yg amat sabar..segala kehendak aku selalu dia turutkn..cuma aku tkut aku nie myusahkn hidupnya je...
B ayg harap kehadiran ayg dpt mengembirakan B...



My love thanks to u....i love u...