MY LOVE B2B

Photobucket

ME B2B

Photobucket

About Me

My photo
klang, selangor, Malaysia
Ank pertama dri 5 beradk.Tamat pengajian di politeknik sultan salahuddin abdul aziz shah dlm jurusan diploma teknologi berasaskan kayu.

cE TeNgOK cIkIT

TicketsNow.com Discounts

Jam Si Montok

EnY NurBAiZuRa@AnJe. Powered by Blogger.

CaLeNDer Si MonTOK

Friday, March 23, 2012

GolonGAn IsteRi DalaM isLAm..

Terdapat beberapa jenis-jenis kategori atau golongan isteri dalam islam, di antaranya:
  1. Isteri Siddiqin Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu . Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak.
    Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini,Ini adalah perempuan luar biasa.
  2. Isteri Muqarrobin Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar.
    Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.
  3. Isteri Solehin Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.
  4. Isteri Fasik Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup.
    Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.
Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi di mana Rasululllah s.a.w. bersabda:
Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada. Para nabi dan syuhada iri kepada mereka. Ketika ditanya para sahabat, Rasulullah menjawab, “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah.”
Golongan manakah yang anda sebagai seorang isteri berada? Mudah-mudahan anda berada dalam golongan yang dirahmati oleh Allah s.w.t. hendaknya, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment